Sunday, March 6, 2011

ANFIELD




Stadium Anfield dibina tahun 1884 dan asalnya digunakan Everton F.C. tetapi dikosongkan oleh kelab itu kerana bertelingkah kadar sewaan. Kapasiti penonton Anfield ketika ini adalah 45,362. Anfield dikategorikan sebagai stadium 4 bintang oleh UEFA.

The Kop

Dalam tahun 1906, teres bertingkat untuk penonton dibina dan diberikan nama Spion Kop, mengambil sempena bukit di Natal, Afrika Selatan, yang menjadi medan pertempuran Perang Boer Kedua. Di pertempuran itu, lebih 300 orang anggota Tentera British daripada Rejimen Lancashire gugur, kebanyakannya berasal dari Liverpool. Pada kemuncaknya, The Kop pernah menempatkan 28,000 orang penonton. Selepas Tragedi Hillsborough, peraturan baru mensyaratkan The Kop ditukar menjadi teres tempat duduk. Kapasiti penonton sekarang adalah 12,409.

Main Stand

Dibina semula dalam tahun 1973 dan boleh menempatkan 12,277 orang penonton.

Centenary Stand

Dikenali sebagai Kemlyn Road Stand. Dibina semula sebagai sambutan ulangtahun 100 tahun Liverpool F.C. kapasiti penonton adalah 11,762 orang.

Anfield Road Stand

Dibina semula tahun 1998, dan kini boleh memuatkan 9,074 penonton. Penyokong-penyokong pasukan lawan ditempatkan di sini.

LIVERPOOL ???




Liverpool F.C. (biasanya dipanggil sebagai Liverpool sahaja) adalah sebuah kelab bola sepak profesional di bandaraya Liverpool, daerah Merseyside di wilayah Barat Laut di England.

Liverpool beraksi secara berterusan di dalam Liga Perdana Inggeris sejak Liga tersebut bermula dalam tahun 1992. Walaupun demikian, Liverpool belum pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris, dan hanya mendapat tempat sebagai naib juara semasa di bawah pimpinan Gerard Houllier dan Rafael Benitez dalam tahun 2003 dan 2009.

Walaupun belum menjuarai Liga Perdana Inggeris, Liverpool masih mengekalkan kedudukan sebagai pasukan paling berjaya beraksi di peringkat teratas Liga Inggeris, dengan 18 kali menjadi juara Liga Divisyen Satu Inggeris (Liga ini kini dikenali sebagai Liga Perdana Inggeris), 7 kali menjuarai Piala F.A. England, dan 5 kali menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan 3 kali menjadi pemenang Piala UEFA. Liverpool juga menjadi ahli Kumpulan G-14 terdiri daripada kelab-kelab bola sepak paling unggul di Eropah.